Wednesday, September 30, 2009

DEMI MASA Sesungguhnya aku dalam kerugian

Assalamualaikum...

Masa untuk berfikir sejenak
Untuk diriku sendiri

Apa yang aku cari dalam dunia ini?

Siang Fikir Dunia, Malam fikir Dunia
Kadang sampai terabai Akhirat........

kemana aku nak pergi dan haluanku yang sebenar?

Betul ke ikrar dalam solat tiap2 waktu
"Sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanya untukmu
ya ALLAH"

Objek Apa ye dilangit Malam Nie

Malam nie ada org sms suruh keluar rumah dan tengok objek pelik
atas langit. Objek bulat besar mengeliling bulan. Aku pun ambik
gambar dan video tapi tak dapat lak nak rakam...

Apa maknanya nye? Susah aku nak fikirkan
Ye lah aku nie insan yang lemah sangat-sangat dayanya dan kerdil
yang amat sebagai hamba ata dunia nie...

pastu compare ngan apa yang berlaku hari nie di dunia...
Menakutkan juga..... Gempa Bumi, Ribut Taufan dan Tsunami

Masaalahnya aku nie takut MATI ke Takut Tuhan
Kuatnya Dunia melingkari aku.....

Monday, September 28, 2009

29 September 2009 Marang

Hari Nie Pi Opis kat Marang... Singgah kejap
kat TABUNG HAJI simpan duit anak2....
Hu3 anak2 boleh simpan duit
aku gak yang terkopak duit...
Nie Tabung Haji yang ketiga aku pi
Yang pertama Kat KT Jalan Sulaiman
Q Number waiting kat 200

Smlm pi Kat Tabung Haji
Kat Dataran Shah Bandar
Ramai Jgk, Sorg2 sampai 5 akaun di simpan
Adoi...jenuh lagu nie
Sorg tu duk simpan duit berpuluh ribu
siap cek2 lagi...Kaya tul dia tu
Harap2 Aku nanti lagi kaya pada dia,...He3

PASTU
Try tanya staff Tabung Haji tu
Kalau daftar Tabung haji Lenie
Bila dapat pi....
Selamba je dia jawab 2027.....
18 Tahung 'Q' and Waiting

Tu dia punya lama..... sempat ke umur aku nie?
Wallahuaklam..

Kereta VIVA S.E Ku.....

Inilah kereta Viva S.E ku tersayang
Yang setia menemani aku kemana sahaja
aku pergi.... Hi3
Walaupun kecik namun ianya cukup untuk aku sorg
Pembelian berbaloi...... Amat Jimat lagi Selesa

28hb September Besut Travel

Nie lah masjid kat penarik.. yang selalu aku singgah solat
Nie Gambar dari atas Wisma Persekutuan Besut
Pejabat AIM Caw besut Lah
Indah mata memandang ---kehijauan

---------------------------------------------------------

Hari Nie Pi Besut
travel Own drive.....

Nak blh ke sampai
banyak lah yang aku angan dan fikirkan
Ngantuk lagi..... Jauh tul nak sampai

Nguap saja...Hu3

H1N1 Still Mengganas atau dah reda???

Ini lah Gaya di tengah wabak H1N1 yang melanda negara. He3
Possing with Mask......
Beware YourSelf from H1N1

Sunday, September 27, 2009

27hb September 2009

Selamat Hari Raya Pada semua.... baru 7 hari syawal... he3
Jangan buat2 lupa Puasa 6 Atau puasa sunat Syawal yer..

Hari Ini Start Mula Kerja lepas Raya... Mood Biasa lah
Still Demam Raya Lagi... Kat Opis Pun Ramai Masih Cuti
Ramai lagi yang dlm percutian Syawal....

Pi Tabung Haji Ya ALLAH Ramainya manusia
terbantut - so balik je lah... lain kali pi pulak...

Pastu pi spital, ramai nya manusia nak parking pun payah
Nasib si Zek tinggal aku sorg2 dlm kereta..
bertengkaq ngan pak guard lagi..Ha3

----Jumpa si asri n mie discuse opputunity.Moga2 ada sinar
dan peluang untuk bina kehidupan -

Dalam otak banyak sangat idea but No money no talk boss..He3

Friday, September 25, 2009

Balik Dungun ada Majlis

Gambar2 Majlis semalam.... Semalam itu kenangan kan

Jiran yang paling Sporting.. Comel2 Belaka.

Nie tunggu Nak bagi buah free lah tu
Majlis Makan Sedang Berlangsung hebat.. Makan jgn tak makan

Adik aku terpaksa mengontrol kemachoannya malam itu.. Ha3
Puteri Sulong Cucu Ummi dan Abah Aku..Tahniah Along
Anak-Anak Sepupuku..... Ada Sorg lagi Tak Mai
-------------------------------------------------------------------------
Hari Ini Jumaat 25 Sept balik dungun ada majlis pertunangan adik
Jalan still sesak tapi ok lah tak jem sangat- ramai lagi orang nak
beraya. Mentang2 lah pose sebulan raya pun nak sebulan.

Ish3........... PAStu before sampai dungun.. singgah solat jumaat kat
masjid pulau surau - khutbah power gak - ajak berfikir
dan muhasabah diri kita ...............................
Apakah pose kita sebln tu diterima atau hanya dapat lapar dan
dahaga sahaja - Hu3

Ya ALLAH - Aku Hina dan Amat Kerdil Ya ALLAH
Kadang Kala Aku Lalai sangat2 ya ALLAH
Terima Ibadat ku yang tak seberapa tu ya ALLAH...

ViSioN iMPoSsiBLe

Aku Nie Entah mengapa selalu sangat think about other Opputurnity
. I mean peluang untuk bina hidup yang lebih bermakna dengan
usaha dan juga Org melayu kata berdiri atas kakai sendiri. Dok Tahu
lah starang sebab lenie koho2 jadi otak aku nie nak setup bisnes lah,
jadi nie lah, jadi tu lah tapi aku tak mboh jadi Orang Dok Pakai.

Aku Tengok Orang senang - aku tak mboh jadi macam dia
Aku Tengok Orang Miskin - Lagi lah aku tak mboh jadi gitu
Aku Tengok Orang Susah - Aku nak sangat2 bantu dia
Tapi Aku pun dok Senang sangat nak bantu dia
Kalaulah aku senang - senanglah aku nak bantu orang
kalau aku susah - lagi susah orang nak bantu aku plok...

MAKA Terfikir - Kenapa Jarang Mukim yang beriman dan
Komited ngan agama jadi orang senang
kenapa orang kafir dan tak beriman ramai yang kaya dan senang?

Wallahuaklam

Sepatutnya Kita umat islam berlumba-lumba untuk jadi senang
kerana dapat bagi zakat, sedekah dan infaq bantu sesama kita
Namun Malangnya tak ramai kan yang dapat jadi macam tu....

HaRi RaYa 1430 Hijrah

Beraya di Dungun Terengganu with my love family, Then
balik KB Lah kampung First Wife.. Ha3
Teringat Arwah Kakak Aya Yang Meninggal 2 tahun lepas
Apakan daya - tuhan lebih menyanyangi dia
Kita yang hidup nie pun akan follow dia jgk

Bawak Kereta musim2 perayaan nie memang menyakitkan
ada kereta yang bawak macam semut, ada kereta yang
berlagak mcm kereta dia F1 punya ada juga yang mcm2 hal lah.
Apapun Semuanya satu tujuan nak raya.

Kat KB Sesaknya tuhan saja yang tahu......
Kat KT Sesak kat Traffic Light yang langsung tak penting
Apalah malang Bandaraya KT nie Traffic Light banyak sangat
sampai dalam kampung depan umah org pun di buat traffic Light.

Untuk Korang semua
Selamat Hari Raya... MAAFKan Dosa2 Aku Sama

Thursday, September 24, 2009

HARI RAYA DAH BERLALU

Alhamdulillah - Idul Fitri 1430 sudah berlalu, kini syawal mula
bergerak-gerak menuju ke bulan seterusnya. Begitu lah dunia yang
amat sementara ini terus berjalan tanpa mengira sesiapa.
Namun yang pasti umur aku dan semua penghuninya makin
menuju ke akhirnya.

Semua semuanya ini tidak disia-siakan dan tidak menjadikan aku
alpa dan leka lagi lali.

Dunia yang sementara dan tiada yang pasti.

Demi masa !! Sesunggunya manusia di dalam kerugian.

Assalamualaikum Dan Salam Syawal

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya

Raya Sebulan kan .. So tak terlewat nak ucap selamat hari raya.
Moga Blog ini akan menjadi kan titik awal awal permulaan
penghijrahan aku ke alam cyber ini.

Sebagaimana cita-cita dan impian aku untuk berdiri di atas kaki
aku sendiri Sebagaimana Sabda Rasulullah
" Pekerjaan yang paling mulia adalah yang bekerja dengan kudrat
dan usaha diri sendiri (Bekerja Sendiri Ler) "

Dan lama duk makan gaji dan masa untuk memulakan segala2nya
InsyaALLAH...

"Ya ALLAH Berjayakan aku untuk berdikari"